Tuesday, October 5, 2010

Obsession



Ohh no no ni bukan preloved sales ye. Just wanna share about my all-time obsession with you girls. Hee. I just can't get enough of 'em! Dah lama kawan2 semua suruh post pasal beg yang tak nak banyak lagi ni. So, here it goes! Especially to mereka2 yang dah fed up tengok beg aku *you know who you are hahaha*


This one is the first bag I bought after puberty. Wkwkwk. Tak ingat bila tapi rasanya dalam nak masuk form 1 kot. Masa tu still tomboy2 lagi, tengok perempuan pakai handbag macam eeuuww please la geli aku tengok. DULU ok DULU. Bought it at Kl Sentral for rm39.90. Huish ingat tu.


Ni beli masa kat matriks dulu. Kan satu sem dapat RM1k seorang, so apa lagi joli2lah dulu haha. Kat labuan ada satu kedai barangan sukan ni, kira paling ori/mantap/loadedlah kalaw kaw beli kat situ. Konon. Dapat ja duit terus p kedai tu beli beg ni. Sekarang dah kuning2 dah,simpan lama sangat. Tapi sayang nak buang. Hee *semua pun sayang nak buang* Adidas, RM50.


My father bought this for me kat Alamanda. Masa tu baru nak masuk MSU @ KUTPM kan duluu. Konon2 nak letak buku la apa segala. Letak jugaklah buku tu tapi kejap ja. Then sorok bawah katil sebab tengok macam mak nenek bawak beg baju p kelas. Pakai pulak baju kurung kilat2. Finee =.=. RM29.90


Haa yang ini menandakan bermulanya era aku pakai handbag. Duh. Beli ni kat Radioactive OU for RM39.90 @ RM49.90. Dah tak ingat. Handbag raya tu hehe. Lama fikir nak beli ke tak nak. Kang ada kena nganjing gn kawan aku ni. Tapi dah time tu gila coklat pastu dah ada keinginan nak jadi gegel2 *tak taw nak eja* sikit, dah berkenan beli ja la. Walaupun dah terkopak sana sini, still sayang beg ni, sentimental value.


Beg ni menandakan bermulanya era aku gila hobo bag. Eh baru perasan asal ayat nak sama ja. Ok kira nak jadi rock chic la ni. Beli kat Maple TS masa jalan gn Kak Noni. Maple's sangat2 best, cuma yang tak bestnya bila p sana, especially kat Sunway, salesgirl dia peramah sangat. Tak tenang aku nak tengok barang. Tu yang kadang2 tengok dari luar ja sebab malas nak senyum paksa. Bought this for RM 39.90.


Tak ingat dah sejarah pembelian beg ni. Yang penting salah satu kesayanganlah jugak. Masa zaman cinta lama dulu siap letak badge penuh nama masing2 hahaha *omg i'm dead meat*.Sekarang dah buang dahhh yg ehh dah xda dah nama dia hehe ailebiuu. Harga RM39.90.


Ignorelah muka aku tu,tengok beg ja. Malas nak crop. beli masa jalan2 gn B kat PAS. Mula2 berkenan, tapi poket koyak. So tak jadi nak beli. Dah jalan2 tu,ish takleh jadi ni asyik teringat ja. Last2 beli jugak. Balik tu p kedai jahit beg kat giant. Harga tak ingat tapi yang penting dia bagi murahlah sebab defected kan. Kat eastwear. Sekarang dah arwah..bagi kat syg, dah jadimacam apa tah. Shopping bag giant lagi lawa. WTF kurusnya aku duluuu sekarang macam belon kena pammmmmm!


This one is my fav! Bila aku cakap beli kat Giant Penampang orang tak percaya. Hahaha. Penampang ke Inanam eh? Ni kira aunt aku yang belikan *dah guna duit dia*. Pun RM39.90. Kenapa semua beg aku sama harga ni.


Ni beli masa tolong Farah bukak bazar kat Mont Kiara. Mula2 asyik tengok ja booth yang jual beg ni. FrugalMugal. For sure mestilah aim purple kan. Fikir punya fikir, walaupun tak berduit sangat time tu, tekadlah nak beli. Actually Farah yang goda haha. Pusing balik tengok booth tu, ada orang tengah bayar for the bag! Praaanggg! *bunyi hati berkecai*. Frust gilaaaaaa! Terus pi kedai tu beli colour ni. Huh. Price: RM45.


My 20th birthday gift from nenek O a.ka elma! Hee thank you nek aku belum lagi bagi kaw hadiah sampai sekarang kan? Bha tunggu this year punya aa. Baru pakai dua kali. Harga? Tanya tukang bagi. Hehe.


Beg raya 2009 tak silap. Beli kat Maple lagi. See aku dah boleh dapat award loyal customer dah ni. Bila nak bagi diskaun ahmoi? Ni pun sebab syg dah bising gila cari beg berjam2 tak nak jugak beli2. Harga tak ingat pulak, rasanya RM39.90 kot. First beg yang bertali dua; panjang pendek. Sebab aku tak suka sling bag yang kecik.


Yang ni beg memujuk. Heee *mukagedikgila*. Tengok beg ni asyik nak gelak ja. Dijadikan cerita, aku dah lama berkenan beg ni. Kat Uptown Shah Alam. Pastu 1 day kitorang bawaklah B p uptown. Syg tak nak join kitorang jalan, so xpala lantak dialah. Otw back tak taw napa aku merajuk dah tak ingat dah. Dia suruh pegang plastik ni. Bila dah merajuk manalah aku nak bukak plastik apa segala kan. Rupanya syg belikan benda niiiiii heee I love you bebehhh muah3! Harga mestilah aku taw! RM25 wkwkwk


Yang ni pun beli kat tempat sama jugak. RM 50. Alaa masa zaman2 vintage tengah top. Sampai koyak beg ni aku kerjakan. Tapi sanggup jahit walaupun keras nak mati.


This one is my cinta-mati-sampai-bila-bila-ah! Ok perlukeee. He gave it to me on my 21st birthday. Maple jugaaak, tapi kali ni kat Sunway. Haa terpaksa tahan hati ah masuk Maple semata2 nak beg ni. Tak romantik langsung beli hadiah depan2 taw! Ingat yg next year saya nak Ipod touch! Muahahaha. Harga tak boleh reveal, nama pun hadiah birthday. Haha


Beli masa pergi Bangalore hari tu. Kedai tu sangat best sebab macam ala2 kedai recycle gitu. Tak ambik gambar pulak dah excited sangat jumpa beg ni. Hee. Apa nama kedai tah tak ingat, mother nature ke apa. Kat Mantri Square. Bukaklah cawangan kat sini barang kaw best dohh! I think this one is around 750-950 rupees. I can't recall. Very simple yet comfortable. Suitable for college wear ehh asal macam nak iklan barang ja ni. Ada kisah di sebaliknya tapi takleh gtaw kang kantoi dengan pihak2 yang berkenaan. Kan Nad? heheheh.


Yang ni pun India mari! Zay yang bagi sesempat2 alam masa nak bertolak balik p Malaysia. Hee terharu beta, sesungguhnya beliau amat memahami obsesi saya ini. Tq zay! Price: n/a. :D


This is the latest one, bought it from a blogshop, Clothesbucket. RM50. Dah desperate sangat nak beg kaler tan. A bit disappointed with the quality though, cam haram baru pakai kejap dah koyak sana sini. Tapi takpa mama still loves you baby! Siap jahit lagi. hehehe


*Ni semua baru koleksi beg kat Shah Alam. Belum lagi yang tinggal kat Tawau. Belum masuk paper bag apa segala. Haa yang tu tunggu aku tension study Haemo lak baru aku post okayh. Ada siapa2 nak tambahkan koleksi beg aku? Sangat dialu-alukan. Hehehe*

*Bila tengok balik beg2 ni, ish, childish lagi aku ni. Buruk gila taste*

Tak payah nak branded kalau nak bergaya. Belanja ikut kemampuan. Yang penting selesa, lawa and kita suka. Ok? :)





2 comments:

nadyazgal said...

wakakakaka.. i like!! :D yup, paling rahsia tu cerita d sebalik beg. :DD teringat ni trus.. so fun!!! i miss bangaloreeeee!!

kHaiEysHa said...

kaaaaannnn?hahahah i miss bangalore too!mari kumpul duit p sana time winter!